Monday, December 27, 2010

transaksi maya ain

" Abah , buat ape? " ujar anak gua.


gua berhenti buat kerja setelah tetiba anak gua kat belakang gua, memang habit gua buat kerja sampai lewat2 begini,


" ain nape x tido2 lagi nie? dah pukul brapa dah nie... " tanya gua.


terus ditarik baju gua, sebab nak naik atas kerusi yang gua duduk nie, gua kankang sikit, bagi ruang ain duduk, sungguh-sungguh dia memanjat, mungkin tertarik pada paparan skrin komputer gua.


" abah, nie sape? " tanya ain.

" oh... nie kawan abah kat tempat kerja " kata gua

" oh... cantik ea dia.... nie pulak sape bah? ain macam pernah kenal orang nie" tanyanya lagi.


gua hanya diam, x tahu macam mana nak menjawab...


leka si ain nie nengok gambar-gambar gua dalam facebook, satu-satu dia click, walau x pandai membaca lagi komen-komen pada gambar, tapi memang ralit dia perhatikan. gua pun layankan aje kerenah anak gua sorang nie, yelah.. siang gua kerja, balik dah petang. malam jela dapat si ain nie manja-manja dengan gua.


" abah nie busuk la....., bau rokok " katanye lagi.

" haha, nanti abah mandi bagi wangi-wangi kay" jawab gua.

" nie, ain. dah pukul 3 pagi nie.. pegi tido balik kay "

" ain takott... bilik gelap" jawab ain

" kalo macam 2, tidur jela kat katil abah 2, abah temankan " kata gua



gua angkat si ain, terus baringkan kat katil gua, usap-usap rambut dia, x sampai 5 minit telelap la si ain nie. sama je macam mak nye juga, kalo diusap rambut, kompem telelap, tapi sekarang, bagi ain, gua la ayah, dan gua jugaklah emaknya. walaupun 4 tahun berlalu, gua tetap x cari penganti mak si ain.


" ain, ain.... macam mana dia boleh kenal mak nya dalam gambar tadi, padahal memang dari kecik lagi mak nya pergi" keluh gua......


rest in peace....


Friday, December 24, 2010

7 hari habisnya 2010, 365 hari 2011

tak sampai 7 hari akan wujud tahun baru, yah bumi dah makin tua, akhirat dah hampir lahir, dan gua mustahil semakin muda pada usia. 2010 bagi gua tahun ketenangan secara keseluruhannya. selepas tahun malapetaka 2009. kamus rest in peace tak lama lagi akan ditutup, dan wujud kamus baru. 2011....?? yeah.... mengikut pengiraan congak gua, tahun 2011 adalah tahun ' tergesa-gesa ' , dan mungkin boleh kata tahun carca merba, banyak akan berlaku, banyak benda akan jadi. 365 hari 2010 yang gua rasakan aman, akan mula nampakkan taringnya pada 365 hari 2011. gua cuba senaraikan sebanyak boleh yang akan berlaku pada tahun 2011 nie. bukan ahli tilik nasib, tapi boleh lah juga dipanggil nujum cyber.... insyallah gua akan kongsi hasil 'nujuman' gua... tunggguuu.........

rest in peace

Thursday, December 23, 2010

penulis lagenda

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Lihat

Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. .. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


sumber dari ismadi


gua hormat pada pengarang/ penulis yang tinggi nilai bahasa. budak darjah 4 selamba boleh buat karangan macam nie, gua pon nak balik blaja sekolah rendah la macam nie

Monday, December 20, 2010

paranormal

beberapa hari nie, gua jalani aktivitu paranormal, yang mana gua belum pernah cuba aktiviti nie sebelumnya, ternyata gua enjoy dengan aktiviti macam nie.

pertamanya, dalam seumo idup gua, gua lepaskan tembakan peluru hidup dari senapang patah harta pusaka datuk gua, senapang nie dia punya power gua cakap, x payah susah-susah aim, senang-senang je gua dapat tembak ayam hutan yang tengah terbang, 1 shoot 1 kill, prinsip sniper sejati. mungkin lepas nie, gua nak turun ke hutan cari jejak pelanduk. dia punya ketagih menembak nie melebihi ketagih main fesbuk. tangan dah gian nak menembak.

kedua, dalam seumo idup gua, pertama kali gua naikan toman seberat 3 kilo, mungkin pada mat-mat joran, 3 kilo apa la sangat, tapi penangan toman 3 kilo nie buat gua x tido satu malam. mana tak nya, kepala toman tue je da sebesar tin milo. mau x ketar lutut gua dibuatnya. lepas nie gua nak try mancing laut dalam pulak..

ketiga, aktiviti yang paling paranormal bagi gua, gua dah siapkan proposal tesis gua, sekaligus menyedarkan yang gua nie belajar lagi....gua congak2.. tesis gua nie kalo dibuat harus 50juta belanja. apa tesis gua? nanti lah gua cerita.. bukan apa, gua malas nak berilmiah dalam blog. bukan style gua.

chow
rest in peace

Thursday, December 16, 2010

Musang Berjanggut


ape keje gua kalau jam dah lebih pukul 1 pagi? kalau dah kawen, gua buat larian 4x100 berganti-ganti dengan bini gua. tapi skarang gua bujang,selain pecah umah orang, gua khayal melayan benda nie, ye gua nie jenis semua benda akan lempar kat atas katil, x kisah la ape benda. cuma anak dara orang je yang gua x lempar atas katil lagi, ngeri.

tajuk lukisan nie " Musang Berjanggut", gua rase lepas nie gua nak beli tilam getah la, cat minyak asyik tumpah je kat cadar katil gua, brape banyak cadar dah ganti, last2 tinggal cadar bunga-bunga nie, gile x cool.

Sunday, December 12, 2010

kata-kata kosong

agak-agak kalo gua kata nak menuntut ilmu melukis dari puteri gunung ledang kene gelak x?
arkh lantak la, pedulik ape gua... cepat!, sapa nak gua lukis muka dia, pegi beratur.

Saturday, December 11, 2010

10 hari sebelum kiamat

11/12/2012



Tengah stim gua gulung rokok daun, handset gua vibrate.



" hello, haa lu nak ape kassim? "

" bro, ajar gua amik air sembahyang "

" haa? lu tebiat ape tetibe nie? "

" lagi 10 hari nak kiamat la samdol, gua cuak nie.. lu da sembahyang blum? "

" nie mesti lu baru lepas nengok movie 2012 seri dua nie"

" yela, movie 2 cerita kisah benar ape"

" sengal, orang sesat macam lu nie memang senang nak pecaya cerita Roland Emmerich, semua cerita dia karut, xpayah pecaya "

" ok, ok la, yang penting gua nak belajar amik air sembahyang dulu nie, chow! "





gua sambung gulung rokok, budak zaman sekarang, senang tepengaruh dengan movie.


rest in peace


hari nie 11/12/2010. lagi dua tahun, sepuluh hari nak sampai 21/12/2012

Tuesday, December 7, 2010

db cooper dijatuh hukuman gantung


6 tahun db cooper meringkuk dalam penjara
dan dalam masa 6 tahun itu juga la penjara nie jadi rumah beliau.


penjara tidak la seburuk mana yang diuwar-uwarkan
makan dua kali sehari, kalau beruntung dapat la lauk tambahan macam lipas goreng atau sebagainya
kerja tidak la seberat mana, sejam dibayar hanya 50sen dengan mengimpal besi, kerja paling cool dalam penjara
warden2 penjara semuanya peramah, hari-hari memerhati tingkah laku banduan dengan 50-cal sniper.

6 tahun, db cooper sudah digelar senior, dan antara senior paling otai
hari-hari mesti ada anak buah, junior yang hulurkan rokok

sistem penjara sudah jadi kebiasaan bagi db cooper
walaupun di balik tembuk batu, db cooper tetap dapat berhubung dengan orang luar dengan mudah,
segala barang yang dikehendaki semuanya dapat, cakap apa saja, rokok? duit? pisau? malah kalau diminta KFC pun mesti dapat.

kehidupan db cooper x ubah seperti orang biasa, cuma dikurung dalam tembuk batu,
dan........ hanya tinggal 6 hari lagi beliau akan dikenakan hukuman gantung.

-

-

-

-

-
semalam, gua dapat bungkusan, tiada alamat pengirim, tiada nama pengirim, hanya terdapat buku, diari, journal, gambar-gambar, dan .......... , gua kena rahsia kan apa item yang terakhir tue. dan nota yang ditulis macam nie.


" kepada kawan gua, 13/12/2010 nie, gua akan kene hukum gantung. mungkin gua akan mati, dan mungkin gua akan hidup, cuma yang pasti nama db cooper tiada lagi dalam bumi nie nanti. lu amik buku gua yang tulis 2, serta bukti-bukti yang gua ada, terbitkan buku nie pada 13/12/2014. sempena 4 tahun kematian gua, dan lagi satu.... jaga awek gua, lu jangan nak cuba tekel awek gua kay, gua bunuh lu nanti.. hahaha"

lakhanat punye db cooper, nak mati pun boleh buat lawak, gua dengan db cooper memang dah lama kenal, dan begiat aktif dalam urusan bawah tanah besama. dan disebabkan db cooper juga lah, gua terlepas dari tali gantung, cuma yang pasti, gua agak sangsi, lagi 4 tahun, mungkin gua dikenakan hukuman gantung jugak.

setelah gua selidik-selidik buku yang dikirim db cooper nie, kalau diterbitkan, mungkin akan cetuskan reformasi dalam landscape politik, sosial Malaysia, ramai yang akan di hukum gantung, dan mungkin akan berlaku perang saudara. celaka punya db cooper, sejak bila dia kumpul data-data bukti-bukti nie semua.


4 tahun lagi, gua janji, akan terbitkan buku yang mana db cooper suruh. tunggu dan lihat sajalah.


-> Db Cooper dituduh bersalah dalam mengadakan agenda pembunuhan pemimpin-pemimpin utama negara, dan sekiranya db cooper tidak ditahan, pada awal tahun depan seramai 3 orang ahli politik akan dibunuh mengikut perancangan dia.





Rest in peace Db Cooper