Wednesday, March 9, 2011

sengketa 2011 bagi kaca mata gua

akhir tahun 2010, gua ada buat entry yang mengatakan 2011 tahun tergesa-gesa, dan carca merba, dah seperti anggapan gua, awal tahun 2011 dah nampakkan taring dia, gua x perlu cerita panjang, pergolakan di Mesir dan Libya sekarang dah jadi bukti, ini baru tiga bulan pertama, lagi 9 bulan lagi nak menghadap tahun 2011 ni.

gua berani katakan sinario pergolakan kuasa dan kuasa rakyat nie boleh sampai ke nusantara, yang pasti Malaysia bukan negara pertama yang memulakannya dia asia tenggara, tetapi Indonesia. pada rujukan dan pendapat gua, tidak lama lagi, akan ada satu arus perubahan rakyat dari indonesia, dan malaysia akan terkena tempias seta aura tersebut. gua tidak katakan perubahan ini berbentuk negatif, tapi terpulang pada individu melihat dengan mata masing-masing. jangan terkejut, jika akhir tahun 2011 ini Malaysia akan mendendangkan satu fenomena baru.

apa yang berlaku di timur tengah gua tidak payahlah nak jelaskan secara terperinci, masing-masing ada teknologi google untuk melihat dan menilai sendiri. tetapi kesan apa yang terjadi di timur tengah akan melarat ke semua dunia, semua serba tahu, gagasan negara arab ni penbekal minyak utama dunia. nilai minyak akan melambung mendadak, maka pada orang yang berkenderaan, sila penuhi dompet anda masing-masing untuk ke pam minyak.gua jangka awal tahun 2012, minyak ron 95 boleh cecah rm 2.90.

tetapi, pada pendapat gua,kerajaan demokrasi dan suara rakyat ni amat berbahaya, sebab senang disuntik oleh anasir luar. apa yang berlaku kat timur tengah sekarang nie, gua berani katakan amerika ada amik kesempatan untuk kukuhkan nilai mata wang mereka. tapi demokrasi malaysia lain, bagi gua masih kebal, sebab masih ada institusi beraja yang naungkan demokrasi.

kepada graduasi baru, jangan terkejut peluang pekerjaan makin sempit, akhir tahun 2011 ni banyak pemegang-pemegang ijazah mengangur. sila lah buat kertas kerja untuk bukak kilang anggur. tapi jangan risau, kalau tidak memilih, ada usaha, boleh dapat kerja, cuma sukar sedikit la

gua nak sentuh sikit pasal pilihan raya, bn hari itu menang besar di Merlimau dan Kerdau.. tapi pada sudut pandangan gua, pilihan raya umum akan datang ni BN akan kalah tipis, mungkin beza 2,3 kerusi, kerajaan pakatan akan bentuk kerajaan baru. kepada fanatik parti pakatan rakyat, sila la memangkah sepuas-puasnya, sebab pada nujuman gua tahun 2017, pakatan rakyat dah tiada.

mungkin agak ekstrim kalau gua katakan tahun 2012 akan berlaku perang dunia, dengan penduduk dunia lebih 6 bilion, bumi memang perlu kurangkan populasi manusia, sudah terlalu padat nak ditampung. gua pun ada pasang cita-cita nak masuk regimen askar lepas ni. tapi jangan risau, lepas habisnya perang 2012, malaysia akan jadi negara kukuh, dan setaraf dengan negara-negara besar lain, mungkin ambil masa.

kenapa gua coretkan benda karut marut ni? yang memang korang susah nak percaya. anggaplah nujuman gua nie tidak betul. tapi kalau betul-betul terjadi. itu dah ketentuan.

rest in peace