Friday, November 26, 2010

bumi perampas bulan dari matahari

saat manusia belum diwujudkan lagi, jauh dari saat wujudnya istilah manusia.
bulan pada asalnya sunyi , cemburu pada bintang yang terang, hodoh, tapi ada perasaan pada bumi. tapi disebabkan keadaannya yang hodoh, bulan malu untuk bertemu dengan bumi

dan ketika itu juga, matahari dah lama perhatikan bulan yang sentiasa pencilkan diri, hakikatnya matahari memang ada memendam perasaan pada bulan. cuma tunggu masa yang tepat untuk nyatakan hasrat pada bulan, serta buat keputusan untuk luahkan perasaan bila manusia diturunkan di bumi.

pada detik, saat manusia turun ke bumi, matahari beranikan diri untuk bejumpa dengan bulan untuk luahkan perassan, dan ketika itu juga gerhana matahari yang pertama wujud, yang mana kedudukan paling dekat antara matahari dan bulan. tapi, belum sempat matahari luahkan perasaan pada bulan, bulan nyatakan yang dia amat sukakan bumi, tapi malu untuk teruskan hasrat disebabkan keadaanya.

gerhana matahari hanya masa yang singkat,tapi bertukar jadi benda yang paling sedih bagi matahari. tapi dia percaya yang suatu hari hasratnya akan tercapai juga,

tika gerhana matahari itu juga matahari ambil keputusan untuk pinjamkan cahayanya pada bulan agar bulan lebih cantik dari sebelumnya untuk kebaikan masa depan antara bulan dan bumi, sebelum nie, bumi memang tidak tertarik pada bulan, tapi disebabkan kecantikan bulan, bumi akhirnya bersama dengan bulan, terutamanya bila tejadinya purnama bulan, kecantikan bulan memang tiada tandingan.

bumi sememangnya bertuah yang mana malamnya masih terang dengan cahaya bulan, tidak lagi gelap sebelumnya, berabad lamanya matahari masih menunggu saat yang mana bulan dan matahari dapat bersama, dan memang jelas keiklasan matahari yang pinjamkan cahayanya pada bulan tidak terlawan mana-mana keiklasan manusia.

banyak generasi manusia lahir atas jasa matahari, dihidupkan berpasangan di bumi, tapi tahun demi tahun, matahari tetap keseorangan.

sehinggalah saat yang mana memang ditentukan, matahari dapat bersama bulan yang mana bulan perlu pulangkan cahayanya pada matahari, dan ketika tu jugalah matahari akan jadi lebih panas dari sebelumnya, sehinggalah bumi tiada ruang untuk mana-mana kehidupan. siang ibarat api pada tanah, air kekeringan , dan angin wujud hanya untuk semarakan lagi panas pada bumi, dan malam gelap tanpa sebarang cahaya.tiada istilah yang lagi tepat untuk gambarkan keadaan nie, dan hanya digelar sebagai penentuan akhir segala zaman

walaupun saat matahari bersama bulan hanya sekejap, tapi ia tetap berbaloi pada matahari, dan pengakhiran zaman ini bermula dengan gerhana matahari yang terakhir disebab pada kedudukan inilah bulan pulangkan cahayanya kepada matahari seperti mana janjinya pada matahari.

adakah anda bersedia untuk bagi peluang pada matahari bersama dengan bulan?.......

Tuesday, November 23, 2010

( ATM ) > Alien Time Machine

pengalaman pertama gua keluarkan duit dari ATM seawal umur 15 tahun, itu pun disebabkan gua kene buang daerah dan sekolah jauh dari rumah gua, sebelum tu gua pakai buku BSN je, dan sekarang ATM dengan gua macam adik beradik, bukan sebab gua boros, tapi gua ada sistem yang limitkan purchase hanya untuk 20 ringet je.



pagi tadi, sekali lagi gua nak keluarkan 20 ringet, keluarkan kad ATM dari dompet, masukan kad, key in pin number, pin number gua adalah kombinasi 6 nombor yang paling mudah kat dunia, dan nak dijadikan cerita, gua boleh lupa nombor pin gua time tu. apa yang terlintas dalam kepala otak gua time tu hanya no nie " 675421" . gua key in pin number, dan lucky, itu nombor pin gua.



macam biasa, sebelum gua keluarkan duit, gua check balance dulu, seingat gua dalam akaun gua hanya tinggal dalam seratus lebih, tapi i swear on my eyes, balance akaun gua dalam RM 200,000.

1st think yang gua fikir, maybe bank buat video prank kat gua, tapi gua cuba lagi sekali, akaun gua memang dah ada RM200,000. nak menyakinkan lagi nie bukan prank, gua keluarkan dalam RM1000. dan memang terbukti akaun gua memang ada sebanyak tu.



what the hell gua ada duit banyak nie, nak kata gua melabur, memang tak la, last time gua melabur hanya dalam MLM 2 tahun lepas, fuck MLM, fenomena business yang paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia pernah berlaku.



resit keluar, gua kan frame resit nie then gantung kat tepi katil gua, nak ingatkan gua yang pernah ada duit sebanyak nie, tapi resit nie memang lain daripada yang biasa gua dapat.. gua malas fikir panjang, gua simpan resit dalam dompet.



dan sekarang gua baru nengok balik resit nie, pada rekod urusan gua, 21012028 6070 704, nie bukan nombor akaun gua, mungkin pesanan dalam bentuk nombor, ataupun code yang gua kene selesaikan, dan sampai sekarang gua tak boleh tidur sebab fikirkan apekejadah benda nie.. serious shit, tolong gua selesaikan benda nie. sekurang-kurangnya gua boleh tidur lena balik.







nie resit bank gua

Friday, November 19, 2010

2019, runtuhnya sebelah menara KLCC

november 2009
lokasi : mexico-city


"Ace laporkan perkembangan terbaru "

" tuan, malaysia sekarang melalui perubahan drastik dalam sektor ekonomi, macam-macam pelan pembangunan, projek sana-sini".

" apa yang diaorang kejar-kejarkan dengan pembangunan tak tentu hala tu?"

" mengikut perangkaan, penilaian antarabangsa, malaysia tak akan dilihat negara maju tahun 2020, dan sebab itu diaorang sibuk merangka pelbagai pelan bagi menjayakan misi negara maju 2020"

" sosial dan pendidikan malaysia macam mana? "

" seperti yang kita ramalkan, kadar masalah sosial makin meningkat, nilai moral masyarakat makin menurun, dan pendidikan masih ditahap yang menyedihkan".

" macam mana dengan sistem pertahanan? "


" sistem pertahanan malaysia memang susah ditembusi, sebab tentera tidak dipolitikan oleh mana-mana pihak, kita boleh menang hanya dengan penggunaan alat yang lagi maju sahaja, dari segi semangat juang tentera, jangan dipertikaian, diaorang memang setia, taat, patuh pada negara"


" ok, Ace, disebabkan malaysia masih tidak sedar akan arah tuju, yang hanya pentingkan pembangunan realistik sahaja, kita akan rangka pelan memalukan malaysia penghujung tahun 2019, sasaran lain tidak bukan adalah KLCC, tidak guna kita musnahkan putrajaya ataupun mana-mana tempat lain, yang akan menjadi tontonan dunia runtuhnya KLCC, simbol utama malaysia ke mata dunia, dan ingat ini adalah misi pertama, dan banyak misi lagi selepas nie"

" baik tuan "

" dan lagi satu Ace, hati-hati dengan kerja yang kamu lakukan sekarang, kita akan bertindak perlahan-lahan. "



:: Ace adalah setiausaha kanan salah sorang menteri kabinet malaysia, tidak diketahui asal usul, hanya diketahui dia adalah warganegara tempatan. dan lagi jitu dikatakan Ace merupakan salah sorang daripada 33 spy yang dihantar masuk ke malaysia sejak malaya menuntut kemerdekaan 1957.



Tuesday, November 16, 2010

2069

Pagi hari yang agak mendung, awan-awan gelap dari ufuk timur makin jelas, awal-awal pagi gua dah bukak tirai cermin rumah dengan alat kawalan jauh.

dengan secawan teh dari Columbia bagi memasahkan tekak, gua nyalakan rokok jenama Maleistern lights, rokok buatan tempatan yang terkenal seawal tahun 2030, dan kini menjadi jenama rokok idaman seluruh asia, malah berani gua katakan rokok yang paling berkualiti sepanjang 61 tahun gua merokok.

tanpa berlengah gua pergi ke balkoni rumah gua yang mengadap kota matripolitan Kuala Lumpur, susunan kayu jati dan cengal kukuh melambangkan nilai vernakular rumah yang gua sendiri design, terletak di atas bukit pinggir Kuala Lumpur membolehkan gua melihat skyline keseluruhan KL. menara KLCC yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir pada lewat abad ke-20 kelihatan kecil berbanding dengan bangunan sekelilingnya.

Kuala Lumpur menjadi bandar ke-3 paling kaya selepas Beijing dan Seoul. Asia telah menjadi kuasa utama dunia selepas runtuhnya tamadun Amerika dan Britain. dan pencapaian negara pada abad ini hasil pemerintahan cekap kerajaan Pakatan Nasional yang telah mentakbir negara selama 40tahun.


leka dalam perhatikan aliran pasaran saham syarikat H.J corp.sdn.bhd, gua dikejutkan oleh isteri gua dari belakang, hampir tumpah teh yang yang gua letakan atas meja marmar.

" abang buat apa pagi-pagi nie....masih risaukan urusan syarikat? biarlah si Faisal uruskan semuanya".

isteri gua hulurkan kuih untuk sarapan, seperti biasa kami memang hari-hari sarapan bersama di pelantar balkoni, dari urat-urat tangan isteri gua sudah jelas menunjukan dia sudah berusia, tetapi potongan badan masih seperti wanita awal 20an, rambutnya masih hitam malah tiada seurat uban putih pun.

gua memadamkan rokok bagi menjamah kuih yang dibuat oleh isteri gua. kuih yang telah dihidangkan selama 55 tahun gua berkahwin, walaupun dia sibuk menguruskan perniagaan ' rahsia bubur' selama berkecimpung dalam dunia perniagaan, hasilnya kini sudah ada 81 buah francais di seluruh dunia.

'bib..bib'... handphone gua vibrate, gua memang tidak gemar memasang ringtone pada handphone, cukup sekadar vibrate boleh memanggil gua.

lari-lari anak gua mengejar panggilan, dari kekuatan kaki, gua masih steady untuk belari, rupanya panggilan dari Putri Sarah, cucu pertama gua yang sekarang belajar dalam bidang seni di Universiti Harvard.

gua tekan butang terima, satu pancaran cahaya hologram keluar dari handphone, terpangpang muka gadis kacukan melayu-korea pada hologram, mata sepet, tapi rambutnya masih hitam berkilat seperti gadis melayu.



" hello tok, sihat tak? nie.. sarah nak tanya, atok datang kan masa pameran lukisan solo atok kat Paris minggu depan? "


" atok x pasti lagi datang ke x la sarah"


" alah tok....nie satu-satunya pameran lukisan solo atok kat Paris, peminat-peminat mesti nak nengok sendiri pelukisnya"


" ok, nanti atok confirm kan pada sarah nanti kay.... nie macam mana belajar kat sana? "


" ok la, tapi sarah masih belum pro melukis lagi, nanti kirim salam nenek kay tok"


gua tamatkan panggilan,


gua capai jeans lusuh gua, sarung jaket itam, nak siap sedia melawat tapak pembinaan galeri seni kendalian syarikat gua.dengan proton evotrans. produk terkini kereta proton, boleh dikatakan antara produk terbaik yang telah dikeluarkan proton setelah dikutuk hebat sejak pengeluaran proton Inspira berikutan tiada nilai kreatif, hanya meniru rekabentuk kereta dari luar.
sekurang-kurangnya proton evotrans nie lebih kukuh dari segi struktur dengan dilengkapi teknologi nano, proton tidak lagi disinonimkan dengan 'tin milo'


" bang jangan lupe malam karang kita dinner sama-sama" pesan isteri gua sebelum betolak, seperti biasa dihulur bekal lunch pada gua, selama 55 tahun berkahwin, tidak penah gagal dalam menyiapkan bekal lunch gua....


" tuan, kita hendak ke mana hari ini" tanya driver gua,

" tapak pembinaan", kendalian syarikat yang diwariskan kepada anak gua, salah sorang anak gua meneruskan kerjaya gua sebagai arkitek.......


" arkitek-arkitek zaman sekarang x macam dulu-dulu, selalu amik mudah dalam rekabentuk identiti bangunan, semua macam sampah, carca merba " herdik gua selepas bengang melihat rekabentuk tower milik syarikat telekomunikasi yang tak ubah macam kondom. apa bangang punya arkitek yang design macam nie. dunia-dunia............................