Tuesday, November 16, 2010

2069

Pagi hari yang agak mendung, awan-awan gelap dari ufuk timur makin jelas, awal-awal pagi gua dah bukak tirai cermin rumah dengan alat kawalan jauh.

dengan secawan teh dari Columbia bagi memasahkan tekak, gua nyalakan rokok jenama Maleistern lights, rokok buatan tempatan yang terkenal seawal tahun 2030, dan kini menjadi jenama rokok idaman seluruh asia, malah berani gua katakan rokok yang paling berkualiti sepanjang 61 tahun gua merokok.

tanpa berlengah gua pergi ke balkoni rumah gua yang mengadap kota matripolitan Kuala Lumpur, susunan kayu jati dan cengal kukuh melambangkan nilai vernakular rumah yang gua sendiri design, terletak di atas bukit pinggir Kuala Lumpur membolehkan gua melihat skyline keseluruhan KL. menara KLCC yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir pada lewat abad ke-20 kelihatan kecil berbanding dengan bangunan sekelilingnya.

Kuala Lumpur menjadi bandar ke-3 paling kaya selepas Beijing dan Seoul. Asia telah menjadi kuasa utama dunia selepas runtuhnya tamadun Amerika dan Britain. dan pencapaian negara pada abad ini hasil pemerintahan cekap kerajaan Pakatan Nasional yang telah mentakbir negara selama 40tahun.


leka dalam perhatikan aliran pasaran saham syarikat H.J corp.sdn.bhd, gua dikejutkan oleh isteri gua dari belakang, hampir tumpah teh yang yang gua letakan atas meja marmar.

" abang buat apa pagi-pagi nie....masih risaukan urusan syarikat? biarlah si Faisal uruskan semuanya".

isteri gua hulurkan kuih untuk sarapan, seperti biasa kami memang hari-hari sarapan bersama di pelantar balkoni, dari urat-urat tangan isteri gua sudah jelas menunjukan dia sudah berusia, tetapi potongan badan masih seperti wanita awal 20an, rambutnya masih hitam malah tiada seurat uban putih pun.

gua memadamkan rokok bagi menjamah kuih yang dibuat oleh isteri gua. kuih yang telah dihidangkan selama 55 tahun gua berkahwin, walaupun dia sibuk menguruskan perniagaan ' rahsia bubur' selama berkecimpung dalam dunia perniagaan, hasilnya kini sudah ada 81 buah francais di seluruh dunia.

'bib..bib'... handphone gua vibrate, gua memang tidak gemar memasang ringtone pada handphone, cukup sekadar vibrate boleh memanggil gua.

lari-lari anak gua mengejar panggilan, dari kekuatan kaki, gua masih steady untuk belari, rupanya panggilan dari Putri Sarah, cucu pertama gua yang sekarang belajar dalam bidang seni di Universiti Harvard.

gua tekan butang terima, satu pancaran cahaya hologram keluar dari handphone, terpangpang muka gadis kacukan melayu-korea pada hologram, mata sepet, tapi rambutnya masih hitam berkilat seperti gadis melayu.



" hello tok, sihat tak? nie.. sarah nak tanya, atok datang kan masa pameran lukisan solo atok kat Paris minggu depan? "


" atok x pasti lagi datang ke x la sarah"


" alah tok....nie satu-satunya pameran lukisan solo atok kat Paris, peminat-peminat mesti nak nengok sendiri pelukisnya"


" ok, nanti atok confirm kan pada sarah nanti kay.... nie macam mana belajar kat sana? "


" ok la, tapi sarah masih belum pro melukis lagi, nanti kirim salam nenek kay tok"


gua tamatkan panggilan,


gua capai jeans lusuh gua, sarung jaket itam, nak siap sedia melawat tapak pembinaan galeri seni kendalian syarikat gua.dengan proton evotrans. produk terkini kereta proton, boleh dikatakan antara produk terbaik yang telah dikeluarkan proton setelah dikutuk hebat sejak pengeluaran proton Inspira berikutan tiada nilai kreatif, hanya meniru rekabentuk kereta dari luar.
sekurang-kurangnya proton evotrans nie lebih kukuh dari segi struktur dengan dilengkapi teknologi nano, proton tidak lagi disinonimkan dengan 'tin milo'


" bang jangan lupe malam karang kita dinner sama-sama" pesan isteri gua sebelum betolak, seperti biasa dihulur bekal lunch pada gua, selama 55 tahun berkahwin, tidak penah gagal dalam menyiapkan bekal lunch gua....


" tuan, kita hendak ke mana hari ini" tanya driver gua,

" tapak pembinaan", kendalian syarikat yang diwariskan kepada anak gua, salah sorang anak gua meneruskan kerjaya gua sebagai arkitek.......


" arkitek-arkitek zaman sekarang x macam dulu-dulu, selalu amik mudah dalam rekabentuk identiti bangunan, semua macam sampah, carca merba " herdik gua selepas bengang melihat rekabentuk tower milik syarikat telekomunikasi yang tak ubah macam kondom. apa bangang punya arkitek yang design macam nie. dunia-dunia............................

8 comments:

~~ aksara ~~ said...

hahahahahaha
adoiyai imaginasi tidak terjangkau dek akal..
haha moga tercapai la semua hajat tu mr db cooper..
hehe bab impian nk still smoking tu xleh bla..haha :p

Merissa K. said...

heyyyy you're back!

loved the depiction of the future! :)

Anonymous said...

lakhanat.. mane lu menghilang, last2 baru nampak...

Db Cooper said...

sape plak si gampang pgl gua lakhanat nie

regenerate the ideas said...

agak tertipu lah jugak. :)

Ain Atika Zailani said...

wahhh...boleh buat novel dah...

Db Cooper said...

aksara : smoking for life ape

merisa : yah im back

regenerate t idea : di luar batas pemikiran manusia, mungkin akan jadi kenyataan.

ain : novel? haha, jah lagi langkah kalo nak wat novel

~~ aksara ~~ said...

haha yela smooking for life..
ikut kamu la..hehe
trskan menulis pasal future..
menarik..hehe :)