Thursday, January 20, 2011

Apa dah jadi dengan bahasa melayu kita?

awal tahun 2011 gua ada buat munasabah diri terhadap etika bahasa ibonda gua. lebih tepat bahasa melayu, atau lebih manis dipanggil bahasa Malaysia. lebih memeranjatkan gua, gua dah ada tabiat mencari bahasa malaysia dalam kamus terjemahan inggeris-malaysia, maknanya kosa kata bahasa ibonda gua amat lemah, tidak ada mana-mana pihak yang gua salahkan, mungkin gua boleh salahkan Alfonso De Albuquerque yang lakhanat musnahkan kerajaan melaka 1511.


gua fikir-fikir balik, kelayakan bahasa malaysia gua hanya sampai tahap SPM. sejak dari itu, gua evolusikan diri gua dengan bahasa negara " free manson ", lebih jitu bahasa Inggeris. maknanya dah 6 tahun gua bergiat menuntut bahasa inggeris.


tidak salah ada evolusi dalam diri, tapi evolusi pada gua yang ada matlamat lagi bermakna, bahasa melayu sejak wujud peradaban tamadun kegemilangan melaka telah mengalami asimilasi dengan 80 bahasa, arab, portugis, belanda, bahasa cina, bahasa sanskrit, malah tamil. maka wujudlah bahasa dipanggil bahasa Melayu-Polinesia, di bawah keluarga bahasa Austronesia.


di bawah statistik kepenggunaan bahasa, gua bangga bahasa melayu menduduki tempat ke-4 dalam dunia selepas mandarin, inggeris, hindu. siapa kata bahasa melayu tiada nilai dalam mata dunia. tapi, mungkin sekarang anak muda lebih agungkan bahasa inggeris untuk pelbagai bentuk ilmiah, yang hanya tinggal kepenggunaan bahasa melayu dalam pertuturan harian, itu pun sudah dirojak-rojakan.


gua bagi contoh terdekat macam mana generasi sekarang nie banyak rosakkan intonasi bahasa melayu.

" balak lu hensem ke? "

" beb, pagi tadi gua ushar awek, cun sial."

" bapak poyo mamat nie "


gua buat perbandingan penggunaan intonasi ayat-ayat ini jika digunakan bahasa piawai melayu.


" balak lu hensem ke? " / " pacar kamu kacakkah? "

" beb, pagi tadi gua ushar awek, cun sial ." / " pagi tadi saya merisik gadis, sungguh menawan"


malah bayak yang kita telepas pandang dalam hargai bahasa melayu, seperti :


best = bagus
aku = gua
kau = lu


kalau gua selami betul-betul bahasa melayu ini dengan mendalam, segala pertuturan harian gua akan jadi sopan. mungkin susah untuk adaptasi bahasa melayu piawai dalam pertuturan, bagi gua cukup jika bahasa melayu tidak dirojakan.


akhir tahun lepas, gua dengar satu lagi perkataan baru, ilham dari perdana menteri sendiri, iaitu " glokal" gabungan global dan local. gua tanya-tanya, perlukah perkataan baru untuk menyampaikan maksud sesuatu. malah pemikiran macam ini lah yang buatkan bahasa melayu banyak di murtadkan. mungkin perdana menteri sendiri kena masuk kelas tambahan bahasa melayu.


gua mengulas lebih panjang pun tidak mencukupi jika pembaca hanya baca dan lupa, sekurang-kurangnya setiap orang pembaca blog perlu ada kamus Dewan bahasa dan pustaka.


gua tanya lu orang semua, berapa banyak kamus yang korang ada? gua boleh bertaruh kerat jari lah yang korang semua hanya ada kamus bahasa inggeris saja.

15 comments:

Vamp Mary said...

Haha, suka baca ini.

Sophie Al-Yahya said...

memang punnnnn.. =(

xde kamus.
kamus inggeris aje ade..

~~ aksara ~~ said...

Masih karya yg best.. Menghayati seni bahasa melayu ni indah sbnrnye ;)

Farah said...

Saya ada kamus Melayu, English, Arab & French. :D

trialtodelete said...

bagus entry ni! aku sokong. aku xphm knp byk2 remaja2 sebaya guna 'gua', 'lu' semua kejadah tu...bila suruh belajar bengap.

about perdana menteri tu, keras sgt kot ko punya statement. bahsa perlu pembaharuan,n isu glokal adalah bagus. kalau bhsa xterima pembaharuan, mati la bhsa tu. tgk bhsa latin..atau skop lebih kecil, bhsa punjabi. even org punjabi sendri xbleh berbhasa diorang (sesetengahnnay)

Valossa Vicious said...

Bahasa Melayu terlalu banyak dicedok dari bahasa lain. 'Glokal' tu pun dicilok dari istilah 'glocalisation' http://en.wikipedia.org/wiki/Glocalisation
Kadang-kadang, gua rasa bahasa Indonesia itu lagi cantik dari bahasa Melayu DBP, terutama dari sebelah Sumatera.
Tapi serius gua rasa perkataan 'glokal' tu kelakar, bunyi macam 'glottal' masa belajar phonetics.

Db Cooper said...

sepanjang gua berkecimpung dalam dunia penulisan nie, rizal dan valossa visios adalah pengomen yang paling berjaya, tahniah... golongan anak muda sebegini yang kita mahukan

online all articles said...

trimakasi info na sobat,,, nice post

Rezal Ishak said...

http://nenekjaja.blogspot.com/

bukak link tu. aku cabar kau jgn gagap baca. heheh. selamat mencuba!

Nobita Sensei said...

setuju jugakla.

RastaMat said...

bahase melayu dirogol oleh bapak menteri sendirik..
anak2 ni mengikut je la ape yang bapak2 menteri ni hidangkan..
same2lah kite merogol bahase melayu..

Anonymous said...

weh mangkuk, lu mane menghilang, lame x update.. update la weh, semak gua nengok entry yg sama je

Anonymous said...

waa tunggu entry baru lu, da sebulan dah delay

Anonymous said...

Said the person that using "lu", "gua" in his post...

bella said...

Setuju sangat dgn tajuk ni,cuba anda buka http://nenekjaja.blogspot.com/

yg Rezal Ishak bg tu,mmg nampak sangat kecacatan bahasa melayu kita sekarang ni..sampai tegeliat lidah nk baca..haha